Tabung Derma Masjid baru

Sumbangan bagi pembinaan masjid baru Tunai, Bank-in Online Bank transfer ke dalam akaun: Bank Muamalat 0202-0002440713

Monday, 28 September 2015

Majlis Anugerah Pelajar cemerlang, bacaan yasin perdana dan jamuan penghargaan

Gambar di Majlis Anugerah Cemerlang, Bacaan Yasin dan Jamuan Penghargaan

Satu majlis untuk menghargai anak-anak qariah yang cemerlang di dalam peperiksaan awam pada tahun 2014. Majlis dibuat pada 5 Sept 2015 sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai kejayaan pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan pada tahun lepas dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini berusaha mencapai kecemelangan.
Pihak masjid merakamkan tahniah kepada yang berjaya dalam peperiksaan awam tahun lalu dan kepada semua yang membantu menjayakan program ini ucapan terima kasih dikalungkan.