Wednesday 30 July 2014

Masjid baharu Masjid Jamek Kuala Ketil

Masjid yang ada sekarang ni adalah bangunan masjid yang dikembangkan dari bangunan asal yang dibina pada tahun 1968 berasaskan jumlah penduduk pada waktu itu. Namun keluasan bangunan asal sudah tidak mampu menampung kehadiran orangramai terutama pada Hari Jumaat atau pada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. 
Selaras dengan pembangunan Pekan Kuala Ketil yang semakin berkembang dan pertambahan penduduk, AJK Masjid Jamek merasakan perlunya masjid baharu :

Sebab-sebab Jangka Pendek:
  1. Keadaan bangunan Masjid Jamek Kuala Ketil yang berumur 42 tahun itu sudah uzur dan usang. Bumbung bocor dan menyebabkan permaidani menjadi busuk tidak menyenangkan.
  2. Keluasan kawasan masjid yang sangat terhad, tidak boleh dibina bangunan baharu. Tempat letak kereta yang terhad, dan program ceramah atau keraian terpaksa dibuat di tempat lain.
  3. Penambahan penduduk dan kawasan tanah kubur yang semakin padat.
  4. Azam dan semangat anak qariah serta waris untuk melihat bangunan baharu Masjid Jamek Kuala Ketil.
  5. Kedudukan tanah yang strategik di atas Lot 5008 (Mukim Tawar) seluas 12.46 ekar yang bersempadan dengan tanah kubur serta kawasan Masjid Jamek Kuala Ketil menjadi pilihan terbaik. Dana amat diperlukan kerana tanpa wang dan tanah, masjid baharu tidak dapat dibina.
 Sebab-sebab Jangka Panjang:
  1. Pembangunan setempat dan lokasi Kuala Ketil yang strategik akan mewujudkan pertambahan penduduk.
  2. Kuala Ketil terletak di dalam kawasan Segitiga Perindustrian yang semakin membangun akan menyebabkan bertambahnya pengguna dan jemaah Masjid Jamek Kuala Ketil.
  3. Kewujudan pusat komersil sebagai fasiliti tambahan turut menyumbang kepada tarikan pertambahan penduduk
  4. Kuala Ketil bakal menjadi pusat pentadbiran kerajaan kedua terbesar di dalam daerah Baling memerlukan prasarana yang lebih baik.
  5. Kehadiran KUIN (Kolej Universiti Insaniah) menambah lagi kepadatan jemaah Masjid Jamek Kuala Ketil.
 
Keadaan jemaah waktu solat Jumaat.
 Ruang solat bersebelahan dengan tandas
 Ruang dalam masjid. Tiang-tiang asal yang tidak boleh diubah mengganggu jemaah.
 Ruang yang dibina sebagai tempat solat sementara.
 Struktur binaan yang banyak menyempitkan tempat solat.
 Bahagian belakang yang dibina bumbung untuk menambah tempat solat.



Ruang tempat letak kereta dan motosikal yang terhad.

No comments:

Post a Comment