Tuesday 29 July 2014

Sejarah Masjid Jamek Kuala Ketil


Masjid pertama di Kuala Ketil dibina dalam tahun 1920an, yang kedua dibina sekitar tahun 1943 atau 1944 dan yang ketiga pada tahun 1968 dan terus kekal sehingga sekarang. Tapak masjid pertama terletak di dalam kawasan perkuburan.bangunan masjid kedua dan ketiga didirikan di atas tapak yang digunakan sekarang. Antara imam-imam yang pernah berkhidmat di Masjid Jamek Kuala Ketil adalah seperti Imam Haji Dahlan, Imam Che Ros, Imam Saud, Imam Ramli, Imam Baharuddin Bin Haji Mahmood dan Imam Mohd Noor Bin Man (bersara pada 3 Julai 2010).

No comments:

Post a Comment