Jadual kuliah bulan November 2015
Friday, 30 October 2015
Monday, 28 September 2015
Majlis Anugerah Pelajar cemerlang, bacaan yasin perdana dan jamuan penghargaan
Gambar di Majlis Anugerah Cemerlang, Bacaan Yasin dan Jamuan Penghargaan
Satu majlis untuk menghargai anak-anak qariah yang cemerlang di dalam peperiksaan awam pada tahun 2014. Majlis dibuat pada 5 Sept 2015 sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai kejayaan pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan pada tahun lepas dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini berusaha mencapai kecemelangan.
Pihak masjid merakamkan tahniah kepada yang berjaya dalam peperiksaan awam tahun lalu dan kepada semua yang membantu menjayakan program ini ucapan terima kasih dikalungkan.
Satu majlis untuk menghargai anak-anak qariah yang cemerlang di dalam peperiksaan awam pada tahun 2014. Majlis dibuat pada 5 Sept 2015 sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai kejayaan pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan pada tahun lepas dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini berusaha mencapai kecemelangan.
Pihak masjid merakamkan tahniah kepada yang berjaya dalam peperiksaan awam tahun lalu dan kepada semua yang membantu menjayakan program ini ucapan terima kasih dikalungkan.
Sunday, 27 September 2015
Monday, 4 August 2014
Rayuan derma masjid baharu
Perumpamaan nafkah
yang dikeluarkan oleh
orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan ALLAH adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh
tangkai dan
pada setiap tangkai mengandungi seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi
sesiapa yang DIA kehendaki dan
ALLAH maha luas kurniaanNya lagi maha
mengetahui.
Surah
Al baqarah 261.
Hadis Nabi
SAW: Bila mati anak
Adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
- Sedekah Jariah
- Ilmu yang manfaat
- Doa anak yang soleh
- Tuan Haji Ishak Bin Salleh 019 4608743
- Ustaz Addnan Bin Haji Din 013-7786229
- Musa Bin Morad 019-5590696
Wednesday, 30 July 2014
Masjid baharu Masjid Jamek Kuala Ketil
Masjid yang ada sekarang ni adalah bangunan masjid yang dikembangkan dari bangunan asal yang dibina pada tahun 1968 berasaskan jumlah penduduk pada waktu itu. Namun keluasan bangunan asal sudah tidak mampu menampung kehadiran orangramai terutama pada Hari Jumaat atau pada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Selaras dengan pembangunan Pekan Kuala Ketil yang semakin berkembang dan pertambahan penduduk, AJK Masjid Jamek merasakan perlunya masjid baharu :
Sebab-sebab Jangka Pendek:
- Keadaan bangunan Masjid Jamek Kuala Ketil yang berumur 42 tahun itu sudah uzur dan usang. Bumbung bocor dan menyebabkan permaidani menjadi busuk tidak menyenangkan.
- Keluasan kawasan masjid yang sangat terhad, tidak boleh dibina bangunan baharu. Tempat letak kereta yang terhad, dan program ceramah atau keraian terpaksa dibuat di tempat lain.
- Penambahan penduduk dan kawasan tanah kubur yang semakin padat.
- Azam dan semangat anak qariah serta waris untuk melihat bangunan baharu Masjid Jamek Kuala Ketil.
- Kedudukan tanah yang strategik di atas Lot 5008 (Mukim Tawar) seluas 12.46 ekar yang bersempadan dengan tanah kubur serta kawasan Masjid Jamek Kuala Ketil menjadi pilihan terbaik. Dana amat diperlukan kerana tanpa wang dan tanah, masjid baharu tidak dapat dibina.
- Pembangunan setempat dan lokasi Kuala Ketil yang strategik akan mewujudkan pertambahan penduduk.
- Kuala Ketil terletak di dalam kawasan Segitiga Perindustrian yang semakin membangun akan menyebabkan bertambahnya pengguna dan jemaah Masjid Jamek Kuala Ketil.
- Kewujudan pusat komersil sebagai fasiliti tambahan turut menyumbang kepada tarikan pertambahan penduduk
- Kuala Ketil bakal menjadi pusat pentadbiran kerajaan kedua terbesar di dalam daerah Baling memerlukan prasarana yang lebih baik.
- Kehadiran KUIN (Kolej Universiti Insaniah) menambah lagi kepadatan jemaah Masjid Jamek Kuala Ketil.
Keadaan jemaah waktu solat Jumaat.
Ruang solat bersebelahan dengan tandas
Ruang dalam masjid. Tiang-tiang asal yang tidak boleh diubah mengganggu jemaah.
Ruang yang dibina sebagai tempat solat sementara.
Struktur binaan yang banyak menyempitkan tempat solat.
Bahagian belakang yang dibina bumbung untuk menambah tempat solat.
Ruang tempat letak kereta dan motosikal yang terhad.
Latarbelakang Pekan Kuala Ketil
KUALA KETIL terletak didalam mukim Tawar, Baling, Kedah, kawasan semakin pesat membangun dan bakal menjadi daerah baru iaitu Daerah Kuala Ketil. Buat masa kini Kuala Ketil adalah di dalam DUN Kuala Ketil dan didalam kawasan Parlimen Baling. Pekan Kuala Ketil terletak di pesimpangan jalan ke Sungai Petani, Kulim, Baling, Sik dan Gurun. Juga di dalam kawasan segitiga perindustrian Sungai Petani-Kulim-Kuala Ketil.
Di dalam kariah Kuala Ketil dianggarkan terdapat 1836 buah rumah orang Islam di 16 buah kampung, 13 taman perumahan dan 5 quarter penempatan.
Senarai kampung-kampung
Kg Ekor Padang
Kg Baru Bukit Sembilan
Kg Jawa
Kg Belakang Malayawata
Kg Batu Satu
Kg Belakang Taman Yasmin
Kg Pekan Lama
Kg Baru Pekan Lama
Kg Belakang Sekolah Cina
Kg Sisik Lantai
Kg Kubang Hong
Kg Tanjung Puteri
Kg Simpang Empat Tanjung Puteri
Kg Kubang bedengung
Kg Kuala Temekah
Kg Kuala Kuli
Senarai Taman Perumahan
Taman Berjaya
Taman Kuala Ketil
Taman Desa Bidara
Taman Batu Pekaka
Taman Muslim
Taman Yasmin
Taman Orkid
Taman Permai Jaya
Taman Permai
Taman Indah
Taman Tanjung Puteri
Taman Sri Puteri
Taman Ketil Indah
Taman Seri Gading
Senarai Quarters Penempatan
Quarters Polis Diraja Malaysia
Quarters Fama
Quarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil
Quarters Jabatan Kerja Raya
Quarters Lembaga Pertubuhan Peladang
Senarai Surau dalam Kariah Kuala Ketil
Surau Kg Baru Bukit Sembilan
Surau Kg Jawa
Surau Kg Batu Satu
Surau Sisik Lantai
Surau Kuala Kuli
Surau Taman Desa Bidara
Surau Taman Batu Pekaka
Surau Taman Muslim
Surau Taman Permai
Surau Taman Tanjung Puteri
Surau Sekolah Rendah Islam Al-Naim
Surau Maahad Tahfiz Al-Naim
Di dalam kariah Kuala Ketil dianggarkan terdapat 1836 buah rumah orang Islam di 16 buah kampung, 13 taman perumahan dan 5 quarter penempatan.
Senarai kampung-kampung
Kg Ekor Padang
Kg Baru Bukit Sembilan
Kg Jawa
Kg Belakang Malayawata
Kg Batu Satu
Kg Belakang Taman Yasmin
Kg Pekan Lama
Kg Baru Pekan Lama
Kg Belakang Sekolah Cina
Kg Sisik Lantai
Kg Kubang Hong
Kg Tanjung Puteri
Kg Simpang Empat Tanjung Puteri
Kg Kubang bedengung
Kg Kuala Temekah
Kg Kuala Kuli
Senarai Taman Perumahan
Taman Berjaya
Taman Kuala Ketil
Taman Desa Bidara
Taman Batu Pekaka
Taman Muslim
Taman Yasmin
Taman Orkid
Taman Permai Jaya
Taman Permai
Taman Indah
Taman Tanjung Puteri
Taman Sri Puteri
Taman Ketil Indah
Taman Seri Gading
Senarai Quarters Penempatan
Quarters Polis Diraja Malaysia
Quarters Fama
Quarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil
Quarters Jabatan Kerja Raya
Quarters Lembaga Pertubuhan Peladang
Senarai Surau dalam Kariah Kuala Ketil
Surau Kg Baru Bukit Sembilan
Surau Kg Jawa
Surau Kg Batu Satu
Surau Sisik Lantai
Surau Kuala Kuli
Surau Taman Desa Bidara
Surau Taman Batu Pekaka
Surau Taman Muslim
Surau Taman Permai
Surau Taman Tanjung Puteri
Surau Sekolah Rendah Islam Al-Naim
Surau Maahad Tahfiz Al-Naim
Tuesday, 29 July 2014
Sejarah Masjid Jamek Kuala Ketil
Masjid pertama di Kuala Ketil dibina dalam tahun 1920an, yang kedua dibina sekitar tahun 1943 atau 1944 dan yang ketiga pada tahun 1968 dan terus kekal sehingga sekarang. Tapak masjid pertama terletak di dalam kawasan perkuburan.bangunan masjid kedua dan ketiga didirikan di atas tapak yang digunakan sekarang. Antara imam-imam yang pernah berkhidmat di Masjid Jamek Kuala Ketil adalah seperti Imam Haji Dahlan, Imam Che Ros, Imam Saud, Imam Ramli, Imam Baharuddin Bin Haji Mahmood dan Imam Mohd Noor Bin Man (bersara pada 3 Julai 2010).
Subscribe to:
Posts (Atom)

